Assalamualaikum and hi to all my blog visitors.
Today, I will do some sharing to all of you regarding on modest scholar. First,
I would like to give credits to Majalah
Al-Islam for the references. This entry will be in Malay so that it will
become more meaningful and easier to digest especially with some of the terms.
Kita sering mendengar kejayaan orang-orang pintar
dan ilmuwan yang penuh ilmu di dada. Adakah kejayaan itu merupakan kejayaan
abadi dan mutlak? Tidak salah mempunyai minda yang cerdas menghitung formula
ilmu hisab. Tidak salah mempunyai minda manipulatif dalam arena sains. Tetapi,
adakah semua ilmu itu disandarkan kembali kepada Maha Mengetahui? Ilmu itu
cahaya. Cahaya itu tidak akan hadir dalam kegelapan. Persoalannya sekarang,
apakah modus operandi prima yang perlu diterapkan untuk mencuci hati yang kotor
dengan daki keegoaan dan keriakkan? Jawapan yang mutakhir adalah dengan menjadi
seorang ilmuwan tawaduk.
Bijak pandai yang tawaduk tidak akan cuba menjadi perfectionist. Hal ini kerana manusia
diciptakan dengan sifat lemah dan tidak terlepas daripada gua kesilapan. Namun,
manusia dipertanggungjawabkan untuk berjihad dalam semua perkara yang
dikerjakan.
Ilmuwan yang tawaduk bersifat tegas dalam
perkara-perkara dasar dan pokok serta bersifat longgar terhadap hal-hal ranting
dan titik bengik. Konsep mengutamakan perkara utama dan mengemudiankan perkara
yang kemudian dapat memastikan masa tidak tlaerbuang dan kerja tidak
tertangguh.
Orang pandai yang tawaduk adalah ilmuwan yang
sentiasa terbuka untuk berubah ke arah positif. Mereka tidak takut dihina bodoh
dan tidak takut dicerca serta dimaki. Keengganan untuk berubah adalah satu
kejahilan dan keegoan explisit kerana merasakan bahawa dunia tidak mengalami
penuaan.
Ilmuwan tawaduk bersikap kreatif dan inovatif.
Mereka tidak hanya berada di takuk yang lama serta senantiasa inginkan
pembaharuan. Orang tawaduk juga berguru dengan dengan kesilapan lalu. Mereka
tidak membiarkan diri mereka tertipu dengan kesilapan lampau.
Bijak pandai tawaduk berfikir secara sistematik,
metodologi, rasional dan kritis. Mereka tidak menerima sesuatu pandangan atau
berita tanpa usul periksa. Orang pintar mementingkan perihal tersirat
berbanding perkara yang tersurat. Berfikir secara spekulatif dan emosional
adalah suatu tanda kebodohan.
Seorang ilmuwan mencari dan mengejar ilmu sebaliknya
orang jahil mengorbankan penat dan keringat mengumpul harta. Orang yang
mengejar dan menghimpun harta menjadi binasa kerana dunia kerana, ‘Dunia adalah
hamba yang baik tetapi tuan yang jahat’. Perkara yang paling utama ialah
ilmuwan tawaduk sentiasa berasa dirinya kerdil di hadapan Allah yang Maha
Mengetahui. Ilmu yang dimiliki makhluk hina bergelar insan ibarat setitis air
daripada 7 lautan.
Oleh itu, kembalilah kita kepada fitrah manusia yang
lemah segala-galanya. Contohilah resmi padi, semakin berisi semakin menunduk.
Orang berilmu tidak bererti dia tahu segala-galanya tetapi sedar betapa rendah
martabat dirinya yang masih perlu belajar banyak perkara.
No comments:
Post a Comment